Premis baiki kenderaan berat tanpa lesen di Klang dikompaun

LocalBusiness & Finance
9 Apr 2025 • 3:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah premis yang menjalankan aktiviti membaiki kenderaan berat di Lorong Sungai Rasah 24A di Klang dikenakan tindakan penguatkuasaan setelah didapati beroperasi tanpa lesen

image is not available
Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti membaiki kenderaan berat tanpa sebarang kelulusan lesen yang sah daripada MBDK.

KLANG - Sebuah premis yang menjalankan aktiviti membaiki kenderaan berat di Lorong Sungai Rasah 24A di sini dikenakan tindakan penguatkuasaan selepas didapati beroperasi tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa tempatan.

Operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Pelesenan dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasa, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang kecil perniagaan di kawasan pentadbiran majlis.

Menurut MBDK, hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti membaiki kenderaan berat tanpa sebarang kelulusan lesen yang sah daripada MBDK.

**media[3077593]**

"Sehubungan itu, satu kompaun telah dikeluarkan dan diserahkan kepada pemilik premis terbabit.

"Tindakan kompaun dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007," menurut pihak berkuasa tempatan itu dalam satu hantaran di laman Facebook pada Rabu.

MBDK turut menegaskan bahawa penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis perniagaan di daerah ini mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

"Pemilik premis turut dinasihatkan agar mendapatkan lesen yang sah sebelum memulakan sebarang operasi perniagaan," tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved