
BEAUFORT: Kebakaran memusnahkan 50 peratus premis sebuah syarikat baja di Beaufort Jaya pada Rabu.
Ketua Bomba Daerah Muhammad Hasbullah Nenggok, berkata kejadian berlaku sekitar jam 7.20 malam.
Seramai 19 anggota bomba bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi dan mendapati premis terbabit berkunci.
“Pasukan terpaksa membuka pintu belakang dan depan menggunakan peralatan khas sebelum memasuki premis.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more “Terdapat letupan di dalam premis tetapi tiada kecederaan dilaporkan. Anggota bomba menggunakan alat pernafasan untuk memasuki bangunan yang dipenuhi asap.
“Pasukan bomba perlu berhati-hati kerana premis itu menjual bahan kimia selain peralatan pertanian,” katanya.
Hasbullah berkata, operasi pemadaman yang dilakukan dari pintu depan dan belakang berjaya mengawal keadaan jam 8.35 malam, dan operasi tamat jam 11.09 malam tanpa sebarang kecederaan.
Punca letupan dan kebakaran serta anggaran kerugian sedang disiasat oleh pihak bomba.
