Premis borong, runcit seleweng barangan kawalan diserbu

12 Mar 2024 • 10:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebuah premis borong dan runcit barang di Pasir Mas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Isnin selepas disyaki menyeleweng barangan kawalan

image is not available
Pemilik berusia 40an tersebut turut disyaki menjual minyak masak bersubsidi kepada orang atau individu yang tidak dilesenkan oleh KPDN.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, serbuan jam 4.30 petang itu mendapati pemborong tersebut dikesan tidak mengemas kini buku stok barang kawalan.

"Pemeriksaan lanjut ke atas buku itu mendapati pemborong berkenaan gagal merekodkan maklumat-maklumat yang dikehendaki mengikut peraturan ditetapkan berhubung pemilikan barang kawalan.

"Walaupun mempunyai lesen, namun dia (pemborong) gagal berbuat demikian dan kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya pada Selasa.

**media[2571353]**

Menurut beliau, pemilik berusia 40-an tersebut turut disyaki menjual minyak masak bersubsidi kepada orang atau individu yang tidak dilesenkan oleh KPDN.

Ujarnya, KPDN Kelantan turut merampas dokumen-dokumen berkaitan barang kawalan untuk siasatan lanjut.

"Pihaknya memberikan amaran keras kepada individu atau syarikat yang melakukan aktiviti menyeleweng atau menyeludup barang kawalan supaya menghentikan segera tindakan tidak bermoral tersebut.

"Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi termasuk mengenakan denda yang tinggi dan pertuduhan di mahkamah," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved