Premis Hiburan Terbakar Dilempar Bom Petrol

10 May 2024 • 12:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Video kejadian yang dirakam menerusi CCTV - Gambar Media Sosial

KUALA LUMPUR -  Sebuah pusat hiburan terbakar, selepas dibaling bom petrol semalam.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian itu turut tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, dapat dilihat empat lelaki yang menunggang dua motosikal berhenti di hadapan premis sebelum melempar dua bom petrol.

New Straits Times melaporkan, satu lagi video berdurasi 42 saat memperlihatkan orang ramai cuba memadamkan api di premis terbabit.

Berdasarkan semakan, kejadian itu didapati berlaku pada jam 2.18 pagi semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nazron Abd Yusof mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat menggunakan api.

“Berdasarkan garis masa di CCTV, kejadian dikatakan berlaku jam 2.18 pagi tapi siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti waktu sebenar,” katanya. - Getaran, 10 Mei 2024
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved