Premis kitar semula haram tumpas selepas enam bulan operasi

LocalEnvironment
3 Jul 2026 • 3:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Premis kitar semula haram tumpas selepas enam bulan operasi
Sebuah premis kitar semula yang beroperasi secara haram tanpa lesen sejak enam bulan lalu diserbu pihak berkuasa pada Rabu.

KUALA SELANGOR – Taktik sebuah premis kitar semula beroperasi tanpa lesen sehingga mencetuskan kacau ganggu kepada penduduk di Ijok berakhir apabila diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu pada Rabu.

Serbuan kira-kira jam 9 pagi itu dijalankan hasil risikan selepas premis berkenaan dipercayai beroperasi secara haram sejak enam bulan lalu.

Operasi itu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta beberapa agensi kerajaan lain.

Pengarah Jabatan Penguat Kuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, pemeriksaan selama kira-kira empat jam membawa kepada arahan penutupan premis itu yang berkuat kuasa serta-merta.

"Beberapa notis penguatkuasaan dikeluarkan termasuk bagi menghapuskan kacau ganggu, mengalihkan halangan serta tindakan terhadap pembinaan bangunan tanpa kelulusan bertulis daripada pihak majlis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Lutfi menjelaskan, kompaun turut dikeluarkan atas kesalahan gagal membersihkan bangunan dan meletakkan longgokan guni berisi plastik di tempat awam, selain pelbagai peralatan yang digunakan di premis berkenaan turut disita.

Menurutnya, antara barangan yang disita ialah sebuah kipas, penimbang berat digital, tukul dan troli yang dipercayai digunakan dalam operasi premis terbabit.

Katanya, tindakan penguatkuasaan diambil mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007.

Beliau menegaskan bahawa MPKS tidak akan berkompromi terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti tanpa lesen atau melanggar undang-undang sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved