Premis Lombong Bitcoin Diserbu, 7 Ditahan

LocalTechnology
18 Aug 2024 • 8:20 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

SEPANG – Polis menahan tiga lelaki tempatan dan empat warga asing disyaki terbabit dalam aktiviti melombong mata wang digital atau bitcoin dengan mencuri bekalan elektrik di daerah ini menerusi Ops Khas di Bandar Baru Salak Tinggi dan Taman Putra Perdana, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kesemua suspek berusia 30 hingga 74 tahun iitu ditahan secara berasingan dalam operasi mengesan kegiatan melombong bitcoin haram dengan mencuri bekalan elektrik.

Dalam kenyataan malam tadi, katanya, antara barangan dirampas dalam Ops Khas itu termasuk 52 buah mesin bitcoin,dua buah kenderaan, tiga buah komputer riba dan tujuh buah telefon bimbit.

"Jumlah rampasan adalah bernilai RM250,000. Hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Katanya, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – BERNAMA