Premis punca Sungai Kabul merah jambu laksana kerja pembersihan

LocalEnvironment
16 Jan 2025 • 11:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pelepasan cairan merah jambu dari paip yang disyaki dibina tanpa kebenaran masuk ke alur buatan sebelum mengalir ke Sungai Kabul.

image is not available
Air Sungai Kabul menjadi merah jambu disyaki berpunca aliran daripada sebuah kilang di Beranang.

HULU LANGAT - Kerja pembersihan di dalam kawasan premis disyaki menyebabkan aliran Sungai Kabul bertukar merah jambu dalam kejadian Selasa telah selesai dilaksanakan.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengesan terdapat aliran air berwarna merah jambu keluar daripada satu paip disyaki dibina tanpa kebenaran di kawasan Perindustrian Mahkota, Beranang.

Menurutnya, aliran tersebut telah masuk ke alur buatan dan seterusnya ke Sungai Kabul.

"LUAS telah menyelaraskan tindakan bersama pihak MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) untuk penutupan segera paip tersebut yang belum dikenal pasti punca alirannya bagi mengurangkan risiko kepada Sungai Kabul, Sungai Beranang dan seterusnya Sungai Semenyih," katanya menerusi kenyataan.

LUAS memaklumkan, pihaknya juga telah meningkatkan pemantauan di lokasi-lokasi berkaitan di hulu Sungai Kabul.

Ujarnya, keadaan semasa Sungai Beranang dan Sungai Semenyih adalah terkawal dan pasukan LUAS serta agensi-agensi terlibat sedang giat melaksanakan semakan dan pemantauan rapi di tapak.

**media[2969657]**

Sinar Harian pada Rabu melaporkan aliran Sungai Kabul dianggarkan sepanjang 500 meter bertukar warna merah jambu pada petang Selasa.

Kejadian itu dikesan sewaktu rondaan dan pemantauan rutin pasukan LUAS di lembangan Sungai Langat sekitar jam 6.40 petang.

Pencemaran itu disyaki berpunca daripada pelepasan aliran daripada sebuah kilang di Beranang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved