Premis Tarian Separuh Bogel Ditutup Serta Merta, Rupanya Diurus Warga Asing

27 Aug 2023 • 6:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Premis berkenaan diuruskan oleh warganegara asing, termasuk dari Iran - gambar Facebook

KUALA LUMPUR - Sebuah premis yang tular di media sosial kerana tarian separa bogel berdepan penutupan serta merta.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu hantaran di Facebook berkata, premis di Jalan Bukit Bintang itu diserbu pada 23 Ogos lalu.

Menurut beliau, siasatan dan pemantauan dijalankan mendapati premis terbabit mempunyai lesen komposit Kedai Runcit/Serbaneka/Pasar Mini (Barangan Kering Sahaja) bagi menjalankan aktiviti Pasar Raya.

image is not available
Pegawai Penguatkuasa DBKL: melekatkan notis penutupan - gambar Facebook

“Premis tersebut bagaimanapun telah dikendalikan empat pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.

“Dua daripadanya adalah warganegara Bangladesh dan dua lagi merupakan warganegara Iran,” katanya.

Susulan pemeriksaan, DBKL jelasnya, telah mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.

“DBKL turut mengeluarkan satu lagi notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan.

image is not available
Dua warganegara Iran antara yang terlibat menguruskan premis berkenaan - gambar Facebook

“Premis tersebut juga diarahkan untuk ditutup serta merta kerana telah dikendalikan oleh bukan warganegara,” katanya.

Difahamkan, tarian separa bogel tersebut diadakan 5 Julai lalu sempena sambutan ulang tahun premis terlibat. - Getaran, 27 Ogos 2023