Premium insurans naik hingga 70%, Ahli Parlimen desak BNM siasat

LocalPolitics
28 Nov 2024 • 12:22 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Beberapa ahli Parlimen kerajaan menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat kenaikan premium insurans kesihatan yang meningkat sehingga 40 hingga 70 peratus, yang dianggap membebankan pengguna.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, menyeru agar BNM campur tangan dalam isu ini dengan menyiasat syarikat insurans yang mengenakan kadar premium baharu itu.

“BNM mempunyai kuasa untuk mengawal keputusan syarikat insurans. Tidak wajar alasan seperti ‘keputusan perniagaan’ dijadikan sebab untuk melepaskan tanggungjawab mereka.

“Jika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh menyiasat kenaikan harga telur 10 sen, kenapa BNM tidak boleh menyiasat kenaikan premium beratus peratus ini?” katanya memetik laporan Harian Metro.

Sim turut menyatakan kenaikan premium ini berkait rapat dengan caj perkhidmatan hospital swasta yang semakin tinggi dan tidak terkawal.

“Kenaikan ini memberi kesan besar kepada pencarum, terutama golongan M40 dan B40, yang kini terpaksa bergantung semula kepada hospital kerajaan. Ini hanya menambah beban sistem kesihatan awam,” ujarnya.

Beliau juga menzahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr Kuljit Singh, yang mempertahankan kenaikan itu sebagai munasabah.

Sumber: Harian Metro