Premium Supermarket Village Grocer membuka cawangan ke-29 mereka di The Beat di Kiara Bay

12 Dec 2023 • 7:53 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Premium Supermarket Village Grocer membuka cawangan ke-29 mereka di The Beat di Kiara Bay
Majlis Perasmian Village Grocer Kiara Bay. From left-1. Mr. Kenny Wong Koon Keng - EXCO of Mega Legacy (M) Sdn Bhd and Chief Marketing Officer of UEM Sunrise Berhad, 2. En. Sufian Abdullah - Director of Mega Legacy (M) Sdn Bhd and Chief Executive Officer of UEM Sunrise Berhad, 3. Pn Zaida Khalida - Chairperson of Mega Legacy (M) Sdn Bhd and Director of UEM Sunrise Berhad, 4. Tan Sri Dato’ Yap Suan Chee - Director of Mega Legacy (M) Sdn Bhd and Executive Chairman of Melati Ehsan Group, 5. Mr Ivan Tan - Group Executive Director of TFP Retail, 6. Mr Kok Kian Kee - Chief Executive Officer of TFP Retail, 7. Ms Jessica Ong - Chief Operation Officer of Village Grocer, 8. Mr Ong Chee Chong - Chief Merchandising Officer of TFP Retail, 9. Ms Khor Geik Mei - Chief Finance & Administration Officer of TFP Retail, 10. Mr Ong Thiam Lai - Director of TFP Retail

KUALA LUMPUR , 12 Disember 2023: Pasar raya premium Village Grocer telah membuka kedai ke-29 mereka di The Beat, Kiara Bay sebelum 2023 berakhir. Kiara Bay ialah sebuah bandar bersepadu yang indah dimana komuniti di sini dapat menikmati dan mengurus gaya hidup mereka dengan mudah yang semuanya berada di dalam perbandaran ini dengan akses mudah ke lebuh raya MRR2 dan DUKE.

Village Grocer baharu ini meliputi keluasan 44,053 kaki persegi dengan bangunan pasar raya seluas 23,885 kaki persegi dan seluas 20,168 kaki persegi premis jualan pelbagai jenis yang mampu memberikan pelbagai kemudahan kepada komuniti Kiara Bay. Dengan rangkaian luas barangan runcit berkualiti yang diperoleh dari pasaran tempatan dan global, pasar raya ini merupakan tempat yang ideal untuk membeli-belah dan menjamu selera.

“Kami berbesar hati apabila diberikan pengiktirafan ini oleh UEM Sunrise Berhad sebagai kedai runcit pilihan untuk penduduk Kiara Bay. Kami percaya ini telah meningkatkan lagi kemudahan dan menambah baik gaya hidup komuniti. Kami yakin kami dapat menyediakan tawaran yang berbeza kepada pelanggan yang bijak.”ujar Encik Ivan Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor.

Dengan moto Village Grocer iaitu 'Keinginan untuk Menggembirakan', mereka berhasrat untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan dan perkhidmatan mesra kepada komuniti Kiara Bay. Pasar raya ini dirancang dengan teliti untuk menyesuaikan pelanggan yang mencari pilihan berkualiti yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka. Village Grocer menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit dan produk makanan hasil segar dan protein berkualiti tinggi, jenama import eksklusif, produk organik dan makanan istimewa yang jarang ditemui dengan rasa global yang diterbangkan khas bagi memastikan kesegarannya terpelihara dengan baik.

Bahagian protein menawarkan pelbagai jenis daging lembu Australia berkualiti premium dan potongan kambing New Zealand termasuk kepingan daging burger wagyu buatan sendiri yang terkenal dan daging perapan sedia untuk dimasak. Bahagian makanan laut menawarkan pelbagai jenis ikan tempatan yang segar dan salmon yang diimport melalui kapal terbang.

Di bahagian Hidup Sihat, terdapat lebih 2400 produk yang memenuhi keperluan diet eksklusif termasuk makanan organik, superfood, bebas gluten, bebas gula, bebas tenusu dan pilihan vegetarian termasuk produk beku vegan dan vegetarian.

Jenama produk barangan rumah terkenal dari Australia, Woolworths telah bekerjasama dengan Village Grocer untuk menyediakan produk jenama sendiri yang berkualiti dan mampu milik untuk menambah variasi pada rangkaian premium mereka. Produk Woolworths dibuat dengan piawaian Australia yang berkualiti tinggi iaitu bebas daripada pewarna tiruan, perisa dan pengawet. Terdapat lebih 200 produk Woolworths tersedia di Village Grocer yang membawa Australia lebih dekat dengan rumah.

“Bagi pihak UEM Sunrise, kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Village Grocer ke ruang runcit The Beat kami di salah satu perbandaran utama kami di Kepong, Kiara Bay. Sebagai pemaju yang memberi tumpuan untuk memastikan komuniti dan perbandaran kami adalah komuniti yang mampan dan boleh didiami, kami percaya kehadiran Village Grocer di ruangan runcit kami akan meningkatkan pengalaman peruncitan kepada pelawat-pelawat kami serta menjadikan The Beat sebagai salah satu destinasi kegemaran komuniti di kejiranan ini." kata Encik Sufian Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Berhad .

“Kami merupakan pakar dalam makanan. Kami menawarkan produk berkualiti dengan sedikit keterujaan pada promosi Bumper Harvest mingguan kami yang mewujudkan penantian setiap hari Jumaat bagi item utama pada setiap minggu. Kami mahu memberikan pelanggan kami pengalaman rasa istimewa dalam hidangan mereka dan untuk mereka memanjakan diri dengan kelazatan gourmet kami dan memastikan semua keinginan mereka dipenuhi.” kata Encik Kok Kian Kee, Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor.

Image from: Premium Supermarket Village Grocer membuka cawangan ke-29 mereka di The Beat di Kiara Bay

Village Grocer Kiara Bay menawarkan tawaran istimewa sempena pembukaan dalam masa terhad seperti diskaun RM10 dengan pembelian minimum RM100 dalam satu resit, promosi Beli 1 Percuma 1, hadiah percuma pada hari terpilih dari 12 Dis 2023 hingga 7 Jan 2024. Untuk menambah lebih keseronokan, beg cenderahati percuma diberikan kepada 50 pelanggan pertama pada hari tersebut dengan pembelian minimum RM150 dalam satu resit dari 12 hingga 15 Disember 2023, sementara stok masih ada.

Program kesetiaan Village Grocer Bites menawarkan 1 mata Bites untuk setiap RM2 yang dibelanjakan. Pendaftaran baharu untuk keahlian Bites boleh menikmati e-baucar pendaftaran baharu percuma dan pelbagai faedah ahli termasuk ganjaran hari lahir, promosi eksklusif ahli sahaja. Bites menawarkan keahlian percuma seumur hidup.

Village Grocer Kiara Bay dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam dan tidak mengamalkan beg plastik sekali guna di kaunter pembayaran sebagai sebahagian daripada matlamat kelestarian alam sekitar syarikat. Pelanggan digalakkan membawa beg membeli-belah mereka sendiri.