‘Prep’ Makan Sambil Gendong Bayi, Netizen Puji Atikah Suhaime – “Cara Buat Kerja Pun Dah Tahu Dia Rajin, Tak Kekok Langsung”

LocalFamily & Parenting
3 Jul 2025 • 3:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon asal Singapura, Datin Atikah Suhaime sekali lagi mencuri perhatian dan mendapat pujian selepas memuat naik video memaparkan dia sedang menyiapkan makanan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah video tiga minit berkenaan memaparkan Atikah menyiang ikan dan menyiapkan makanan sambil menggendong bayinya.

Meskipun pembantu rumah menawarkan bantuan tetapi Atikah menolak dan berkata dia tiada masalah untuk melakukannya sendiri.

Tak payah, serius tak payah. Saya boleh buat sendiri. Tak apa, simple je resipi ni.

Tindakan Atikah menolak bantuan pembantu rumahnya dipuji netizen kerana menampakkan dirinya sebagai soerang yang ‘humble’ dan tidak kekwat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dengan Atikah dan berkata aktres itu bukan sahaja memiliki paras rupa jelita tetapi juga rajin serta tidak kekok melakukan kerja rumah.

Malah segelintir netizen akui terinspirasi dengan Atikah untuk tidak bermalas-malasan dan berkata mempunyai anak kecil bukanlah alasan untuk tidak melakukan apa-apa.

image is not available image is not available

Dalam pada itu, sestengah netizen turut perasan akan perubahan Atikah yang berjaya menurunkan berat badan dan nampak lebih kurus berbanding sebelum ini.

Dah nampak sangat sangat perubahan Atikah dah slim.

 

image is not available

image is not available 2 weeks ago

"Kata-Kata Itu Doa.." - Hantaran Atikah Suhaime Curi Tumpuan, Ajak Netizen Beri Kata Positif Pada Diri Sendiri