
Presiden Colombia Umum Mahu Buka Kedutaan Di Palestin
Presiden Colombia, Gustavo Petro mengumumkan bahawa negara itu akan membuka kedutaan mereka di pusat bandar Ramallah di Palestin, lapor AA.
Petro mengeluarkan kenyataan itu selepas bertemu dengan Duta Besar Israel ke Colombia, Gali Dagan dan Duta Palestin Raouf Al-Maliki.
“Saya telah menyatakan pendirian saya untuk mencapai keamanan antarabangsa yang membuka jalan kepada dua negara merdeka dan bebas. Saya mengulangi solidariti saya bersama kanak-kanak Israel dan Palestin, yang mempunyai hak untuk hidup dengan aman,” katanya di laman X selepas pertemuan itu.
Selain itu, Petro juga memberitahu bahawa Colombia akan menghantar bantuan kemanusiaan mereka ke pinggir Gaza.
“Kami akan menghantar pesawat berisi bantuan kemanusiaan ke pinggir Gaza sambil menunggu koridor kemanusiaan dibuka. Colombia akan membuka kedutaannya di Ramallah, Palestin,” tambahnya.
Me he entrevistado hoy con el embajador de Israel y el embajador de Palestina.
He expresado.mi posición de conseguir una conferencia internacional de paz que abra el camino para dos estados independientes y libres.
He expresado mi solidaridad con la niñez israelí y palestina… pic.twitter.com/GlnWyU93EK
— Gustavo Petro (@petrogustavo) October 19, 2023
Sumber: AA
The post Presiden Colombia Umum Mahu Buka Kedutaan Di Palestin appeared first on Siakap Keli.



