Presiden FAM terima darjah kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin

LocalPolitics
7 Sep 2024 • 1:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hamidin dikurniakan darjah kebesaran itu oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini. Foto tangkap layar RTM

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Beliau dikurniakan darjah kebesaran itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda, sebentar tadi.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 116 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2024 hari ini.

Beliau dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

Turut dikurniakan PMN ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Sementara itu, lima lagi individu turut dikurniakan PSM bersama Hamidin iaitu Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal.

Penerima lain adalah Pengerusi Kumpulan CIMB Group Holdings Berhad Tan Sri Mohd Nasir Ahmad dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved