Presiden FIFA Percaya TMJ Mampu Kemudi Pembangunan Bola Sepak Negara

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 2:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, menyatakan sokongan penuh terhadap projek terbaru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk pembangunan skuad Harimau Malaya menjelang tahun depan.

Presiden FIFA bertemu TMJ

image is not available

Kredit foto: HRH Crown Prince Of Johor

Menerusi satu perkongsian di laman X Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), pertemuan tersebut berlangsung antara Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan dengan Infantino bagi membincangkan penstrukturan skuad kebangsaan Malaysia.

image is not available

Kredit foto: HRH Crown Prince Of Johor

Infantino menyatakan keyakinannya terhadap inisiatif tersebut bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi salah satu kuasa bola sepak global.

“Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ia juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.

“Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

image is not available

Sebelum ini, TMJ menyatakan akan ada pengumuman membabitkan jurulatih baru skuad senior dan skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.

Sehari selepas perkhabaran tersebut, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklukan bahawa Peter Cklamovski dilantik menjadi pengendali baharu Harimau Malaya manakala Nafuzi Zain pula sebagai jurulatih skuad B-23 negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved