Presiden Indonesia, Prabowo Dikurniakan Darjah Kerabat Johor Oleh Agong

27 Jan 2025 • 5:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Indonesia Prabowo Subianto telah dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Menerusi satu perkongsian baginda di Facebook, pengurniaan D.K.1 kepada Prabowo berlangsung di Istana Negara dan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Prabowo dikurniakan Darjah Kerabat Johor oleh YDPA

image is not available

Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

“Yang Mulia Bapak Prabowo merupakan sahabat karib Seri Paduka Baginda yang dikenali lebih 40 tahun, sejak zaman latihan ketenteraan di Amerika Syarikat pada 1980-an,” titah baginda.

Terdahulu, Presiden Indonesia itu diberikan sambutan negara penuh istiadat di Istana Negara.

image is not available

Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Difahamkan, Prabowo tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan baginda.

Ini adalah lawatan negara yang pertama oleh seorang ketua negara asing ke Malaysia sejak Sultan Ibrahim menaiki takhta sebagai YDPA ke-17.

Justeru itu, ini merupakan lawatan negara pertama oleh Prabowo ke negara Asia Tenggara sejak pelantikannya sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober 2024.

image is not available

Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Dari Januari hingga November 2024, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencatat RM106.06 bilion (AS$23.2 bilion), meningkat daripada RM101.99 bilion (AS$22.41 bilion) yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2023.

Indonesia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia pada peringkat global dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion), pada 2023.

Sumber: Sinar Harian , Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar