Presiden Israel terkejut Trump umum tamat bantuan AS

WorldPolitics
6 Nov 2026 • 11:12 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Presiden Israel, Isaac Herzog dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengumumkan rancangan menamatkan bantuan ketenteraan AS kepada Israel menjelang akhir 2026.

Presiden Israel, Isaac Herzog menyifatkan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menamatkan bantuan ketenteraan kepada Israel menjelang akhir tahun ini sebagai sesuatu yang amat mengejutkan dan tidak dijangka.

Memetik laporan CNN pada Khamis, Herzog berkata, keputusan itu menimbulkan kebimbangan besar memandangkan perjanjian bantuan ketenteraan antara kedua-dua negara sepatutnya berkuat kuasa sehingga 2028.
KQ2 News

“Isu bantuan Amerika amat membimbangkan saya dan ia datang seperti petir di siang hari.

“Kita mempunyai memorandum persefahaman (MoU) dengan AS yang sepatutnya berlangsung sehingga 2028,” katanya.

Trump pada Selasa mengumumkan bahawa Washington akan menghentikan bantuan ketenteraan tahunan kepada Israel selepas 2026, iaitu dua tahun lebih awal daripada tempoh tamat perjanjian sedia ada.

Perjanjian berkenaan memperuntukkan bantuan ketenteraan bernilai AS$3.8 bilion (kira-kira AS$4 bilion) setahun kepada Israel bagi pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan dari Amerika Syarikat.

Menurut laporan Reuters, Trump mendakwa keputusan itu telah dipersetujui bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu beberapa bulan lalu, selain menegaskan Israel tidak lagi memerlukan bantuan kewangan berkenaan.

Bagaimanapun, Trump tidak memperincikan bagaimana bantuan tersebut akan ditamatkan sebelum perjanjian sedia ada berakhir, manakala Netanyahu belum memberikan sebarang maklum balas terbuka mengenai pengumuman itu.

Sementara itu, Duta AS ke Israel, Mike Huckabee turut dilaporkan sedang mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan keputusan tersebut.

Beliau mempertahankan kepentingan hubungan antara Washington dan Tel Aviv sambil menegaskan rakyat Amerika perlu memahami manfaat kerjasama kedua-dua negara, bukan sekadar melihat jumlah bantuan yang disalurkan.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika AS mengadakan pilihan raya pertengahan penggal pada Selasa, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai masa depan hubungan pertahanan kedua-dua sekutu rapat itu.

The post Presiden Israel terkejut Trump umum tamat bantuan AS appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved