Presiden Jerman Selamat Tiba Di Kuching, 26 Tahun Sejak Kali Terakhir Melawat Malaysia

18 Feb 2023 • 4:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lawatan singkat untuk mengenal Sarawak lebih dekat.

Presiden Jerman Selamat Tiba Di Kuching, 26 Tahun Sejak Kali Terakhir Melawat Malaysia. Tahukah anda bahawa lawatan negara terakhir oleh Presiden Jerman ke Malaysia adalah pada 26 tahun yang lalu iaitu sekitar April 1997. Tahun ini, Presiden Jerman, Dr Frank-Walter Steinmeier selamat mendarat di Kuching dalam lawatan sulungnya sehari ke bumi Sarawak. Beliau tiba bersama isteri, Elke Budenbender.

Setibanya di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 10.54 pagi, beliau dan isteri Elke Budenbender disambut mesra Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

image is not available
Presiden Jerman Selamat Tiba Di Kuching, 26 Tahun Sejak Kali Terakhir Melawat Malaysia. Kredit foto: UKAS

Antara kepimpinan lain yang turut menyambut kehadiran sulung Steinmeier ke Sarawak termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Hii Chang Kee dan lain-lain.

Steinmeier dan isteri bakal berkunjung ke Telaga Air dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Lawatan Steinmeier ke Sarawak bertujuan untuk melihat sendiri komitmen Sarawak dalam menangani perubahan iklim di samping melindungi hutan hujan. Bukan itu sahaja, lawatan ini juga adalah langkah mengukuhkan hubungan dua hala antara Jerman dan Sarawak serta Malaysia, amnya.

Dalam rangka kerja lawatan beliau ke Kuching, Steinmeier dijadual akan meninjau alam semula jadi dan perlindungan iklim ke Telaga Air, sebuah destinasi eko-pelancongan yang menarik ramai pelawat dari luar Sarawak.

image is not available
Jeti Telaga Air. Kredit foto: Kingston Tie via Google

image is not available

Seterusnya, beliau dijadual akan melawat Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh sebelum berlepas pulang ke Berlin pada sebelah malam.

Steinmeier dan isterinya berada di Malaysia untuk lawatan rasmi dari 16 hingga 18 Februari, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan rapat yang telah terjalin memandangkan Jerman merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).

Ini pula anak Sarawak yang kini berkelana di bumi Jerman dalam liga ragbi profesional di sana: