Presiden Korea Selatan hentam Taegeuk Warriors

WorldFootball
29 Jun 2026 • 9:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Presiden Korea Selatan hentam Taegeuk Warriors
Pengendali Taegeuk Warriors, Hong Myung-bo mengumumkan peletakan jawatannya di hadapan wartawan Korea Selatan semasa sidang media di Guadalajara pada Ahad. Foto Agensi

KRISIS bola sepak Korea Selatan memasuki fasa baharu apabila Presiden Lee Jae-myung melancarkan kritikan terbuka terhadap struktur pengurusan negara itu susulan penyingkiran skuad kebangsaan di peringkat kumpulan Piala Dunia FIFA 2026.

Jae-myung menyifatkan kegagalan tersebut berpunca daripada kelemahan dalam sistem pelantikan dan pentadbiran bola sepak, sekali gus menggesa semakan menyeluruh dilakukan terhadap pengurusan pasukan kebangsaan.

“Sekali lagi terbukti bahawa keputusan pelantikan menentukan segalanya. Jika kecekapan diketepikan dan individu tidak layak dilantik sebagai pemimpin, hasilnya sudah boleh dijangka,” ujar Jae-myung dalam kenyataan di media sosialnya.

Beliau turut menggesa Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan menjalankan penilaian penuh terhadap prestasi pasukan serta struktur bola sepak negara, selain memberi jaminan pembaharuan akan dilaksanakan segera.

“Saya memohon maaf kepada orang ramai atas kekecewaan ini. Pembaharuan akan dilaksanakan supaya perkara seperti ini tidak berulang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-bo mengumumkan peletakan jawatan dan memikul tanggjawab di atas kegagalan Teageuk Warriors memenuhi sasaran ke pusingan kalah mati.

Myong-bo mengesahkan peletakan jawatan pada Ahad di kem latihan pasukan di Guadalajara, Mexico.

“Saya gagal mencapai keputusan yang diharapkan dan tanggungjawab sepenuhnya terletak pada saya,” katanya.

Kegagalan itu sekali lagi mencetuskan persoalan terhadap hala tuju bola sepak Korea Selatan yang pernah mencipta sejarah mara ke separuh akhir pada 2002, namun kini berdepan tekanan selepas dua penyingkiran peringkat kumpulan dalam era berbeza.

Korea Selatan membuka kempen Piala Dunia dengan kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech dalam Kumpuna A, namun tewas berturut-turut kepada Mexico dan Afrika Selatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved