
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol (gambar) pada Selasa mengesahkan komitmennya untuk menggerakkan hubungan dengan Jepun ke tahap yang lebih tinggi, dan berkata kedua-dua negara boleh melakar masa depan baharu yang lebih baik jika mereka membina kepercayaan melalui pertukaran xx dan kerjasama.
Yoon membuat kenyataan itu pada mesyuarat Kabinet dua hari selepas sidang kemuncaknya dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Seoul, menurut agensi berita Yonhap.
Sidang kemuncak kedua dalam tempoh kurang dari dua bulan itu menandakan penyambungan semula diplomasi ulang-alik antara pemimpin kedua-dua negara selepas berehat selama 12 tahun.
“Perkara yang tidak dapat dibayangkan antara Korea Selatan dan Jepun sudah berlaku,“ katanya memetik persetujuannya dengan Kishida untuk meminta sekumpulan pakar Korea Selatan memeriksa pelepasan air radioaktif yang dirancang dari loji tenaga nuklear Fukushima yang lumpuh.
“Jika Korea Selatan dan Jepun, yang berkongsi nilai demokrasi liberal, bertukar-tukar antara satu sama lain, bekerjasama dan membina kepercayaan, hubungan Korea Selatan-Jepun akan dapat membangunkan masa depan baharu melangkaui masa lampaunya,“ katanya.
Hubungan dua hala telah meningkat dengan ketara sejak pentadbiran Yoon menawarkan penyelesaian kepada pertikaian mengenai pampasan bagi warga Korea yang menjadi mangsa kerja paksa semasa zaman perang tanpa sumbangan daripada firma Jepun pada Mac lepas.
Kishida memberitahu pemberita selepas sidang kemuncak Ahad bahawa beliau sedih atas pengalaman sukar yang dilalui rakyat Korea ketika itu.
“Jika seseorang tidak mengabaikan sejarah masa lampau dan menanganinya dengan ikhlas, Korea Selatan dan Jepun akan dapat mengatasi kesukaran yang mereka hadapi dan melakar masa depan baharu,” kata Yoon memetik kata-kata Kishida.
“If one does not neglect the history of the dark past and approaches it with sincerity, South Korea and Japan will be able to overcome the difficulties they face and open a new future,“ Yoon said after quoting Kishida’s words.
Yoon merancang mengadakan sidang kemuncak tiga hala dengan Presiden AS Joe Biden dan Kishida di luar sidang kemuncak Kumpulan Tujuh di Hiroshima, Jepun, minggu depan, dan yakin ketiga-tiga negara akan mengukuhkan solidariti mereka untuk mewujudkan keamanan serantau melalui kerjasama keselamatan. -Bernama



