Presiden MCA Luah Bimbang, Cukai Perkhidmatan Digital Naik Dua Peratus

23 Jan 2024 • 4:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong meluahkan rasa bimbang peniaga akan menaikkan harga barang, peralatan dan perkhidmatan digital dengan menggunakan alasan Cukai Perkhidmatan Digital (DST) naik sebanyak dua peratus mulai 1 Mac ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ka Siong di laman Facebooknya yang memberitahu pengguna adalah golongan yang akan menanggung kesan kenaikan tersebut kelak.

Cukai Perkhidmatan Digital naik

image is not available

“Selepas ‘fenomena’ kenaikan harga, kali ini DST pula! Ini berita yang meresahkan pelanggan.”

“Ini bukan sekadar dua peratus, malah ia akan dinaikkan jauh lebih tinggi daripada dua peratus kerana golongan peniaga akan menggunakan alasan kenaikan ini untuk melonjakkan harga.”

“Akhirnya siapa yang menanggungnya? Tidak lain tidak bukan, pelangganlah yang akan menanggung segala kenaikan mendadak ini,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengumumkan kenaikan kadar cukai ke atas perkhidmatan digital dari enam peratus kepada lapan peratus pada 1 Mac ini.

image is not available

Pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ketika Belanjawan 2024.

Bukan itu sahaja, cukao digital iaitu levi enam peratus dikenakan terhadap perkhidmatan dalam talian import, termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam tersebut turut percaya harga ditawarkan di Apple Store, Google Services, Netflix, Disney+, Amazon Prime akan naik.

image is not available

“Ini mengakibatkan langganan aplikasi, apa yang ditawarkan para peniaga di platform Lazada, Shopee, TikTok dan Grab akan melambung tinggi.

“Jika kita mengimbas kembali, pada Januari 2020, apabila DST mula diperkenalkan sebanyak 6%, kenaikan harga perkhidmatan digital tidak berhenti sekadar 6% saja kerana ada peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menaikkan harga jauh lebih tinggi daripada 6% pada Jan 2020,” jelasnya.

Sementara itu, Ka Siong juga bimbang dengan kenaikan bil elektrik baru-baru ini selain Cukai Barang Bernilai Rendah (LVGT) serta Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) juga akan dikuatkuasakan pada tahun ini.

image is not available

“Rakyat juga risau tentang penarikan subsidi oleh kerajaan. Mampukah rakyat Malaysia sebagai pengguna bernafas dalam situasi yang penuh cabaran? Inilah kebimbangan saya!” ujarnya.

Sumber: Facebook @Wee Ka Siong