Presiden PAS Hadi, Menyifatkan Malaysia Sedang Berdepan Bala Tentera Ahzab

21 Apr 2023 • 8:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hadi menyifatkan Islam kini berdepan tentangan melalui kefahaman yang salah

Presiden PAS Hadi, Menyifatkan Malaysia Sedang Berdepan Bala Tentera Ahzab. Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menggambarkan Islam menghadapi permusuhan akibat salah faham politik, ekonomi, pendidikan, dan akhlak.

Menurutnya, pelajaran dan penyiaran yang dibaca dan ditonton khususnya di media baharu dibuat dalam keadaan umat Islam berada dalam keadaan jahiliyyah majmuk, iaitu sedar diri mereka jahil tetapi merasakan mereka bijak dan pandai.

“Alhamdulillah marilah kita panjatkan syukur kepada ALLAH SWT kerana telah menganugerahkan Ramadan yang sangat bermakna kepada kita semua.

“Pada masa yang sama, kita memperingati kemenangan Islam dalam peperangan Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal tahun yang kelima Hijrah Rasulullah SAW.

image is not available
Sumber: Facebook

“Pada zaman kini kita sedang menghadapi bala tentera Ahzab yang menentang Islam di seluruh pelosok dunia,” katanya menerusi Perutusan Aidilfitri Presiden Pas pada Jumaat.

Serangan tersebut bukannya dibuat melalui tenteran dan senjata

Beliau menjelaskan bahawa serangan itu tidak dilakukan menggunakan tentera dan persenjataan, seperti di Palestin, Afghanistan, dan Iraq, di mana manusia dan haiwan disembelih, rumah, taman, dan ladang dimusnahkan, dan alam sekitar dicederakan.

“Sedarlah bahawa musuh Islam lebih mudah merampas tanah air kita dan merompak harta kita kerana kita sedang berpecah dan ada yang berperang saudara, sedangkan musuh itu bersatu menentang kita,” ujarnya.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: FMT

“Bagi pihak Pas, saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’ kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, sama ada yang berada di dalam negara mahupun di perantauan,” katanya lagi.

Baca juga kisah yang berkaitan dengan keagamaan: