Presiden Persatuan Hospital Swasta Gesa Kerajaan Bawa Masuk Jururawat Asing

5 Dec 2022 • 5:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr Kuljit Singh menggesa kerajaan untuk mengambil langkah segera dalam isu kekurangan jururawat.

Kuljit berkata bahawa industri kejururawatan telah meilihat ramai jururawat terlatih berhijrah ke negara yang menawarkan pakej menarik untuk bekerja di sana.

Bawa masuk jururawat luar

image is not available

Kuljit berkata demikian kerana kekurangan jururawat telah menyebabkan kelewatan kemasukan pesakit. Hal ini menyebabkan pesakit terpaksa ke kemudahan hospital awam, meskipun mereka mampu membayar perkhidmatan swasta.

Dalam pada itu, perlu ada usaha segera untuk membawa jururawat asing masuk ke Malaysia, tidak kira sama ada mereka terlatih khusus pasca asas atau tidak. – Dr Kuljit Singh

Kuljit juga menambah bahawa isu ini akan membebankan penjagaan kesihatan awam yang turut berdepan dengan isu kekurangan jururawat.

Sejak Mei yang lalu, kerajaan Johor kekurangan hampir 15,000 jururawat dan ini disebabkan rata-rata daripada mereka telah berhijrah ke Singapura kerana dibayar setaraf dengan doktor pakar di Malaysia.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media