Presiden Rusia Mengarahkan Pembangunan Konsol Buatan Tempatan

TechnologyGamingDigital
5 Apr 2024 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perang konsol generasi ke-9 dimenangi oleh PlayStation 5. Konsol yang dahulunya sukar dibeli kini dengan mudah boleh dimiliki daripada pelbagai gedung di Malaysia. Sungguhpun begitu di Rusia, konsol Sony, Microsoft dan Nintendo sukar dibeli kerana sekatan perdagangan yang dikenakan selepas negara tersebut menyerang Ukraine.

image is not available

Oleh itu Presiden Vladimir Putin mengeluarkan arahan supaya konsol buatan Rusia dihasilkan sebagai alternatif kepada konsol keluaran negara luar. Kerajaan perlu menimbangkan keperluan untuk menghasilkan pengeluaran konsol di rumah dan juga konsol mudah alih sebelum 15 Jun. Selain konsol, Rusia juga akan membangunkan enjin permainan video, permainan video dan perkhidmatan awanan yang juga rekaan tempatan sepenuhnya.

Organisasi Membangunkan Industri Permainan Video Rusia telah menerbitkan pelan hala tuju lima tahun pada Februari lalu dengan sasaran konsol tempatan akan dapat dihasilkan menjelang 2026-2027. VK Group yang mempunyai studio permainan video sendiri akan diberikan tanggungjawab membangunkan perisian dan permainan untuk konsol ini. Sementara GS Group pula diberikan tanggungjawab membangunkan perkakasan konsol.

Rusia mempunyai sejarah membangunkan konsol sendiri sejak 1978 ketika masih dalam era Kesatuan Soviet. Negara ini juga bertanggungjawab menghasilkan permainan video paling popular di dunia iaitu Tetris.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved