Presiden Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta Adakan Lawatan Khas Ke Malaysia

Politics
12 Dec 2022 • 12:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Menteri Luar, Senator Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (kiri) mengiringi Dr. José Ramos-Horta yang tiba di Malaysia hari ini. - Gambar dari Twitter Wisma Putra

PUTRAJAYA - Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta, tiba di Malaysia pada Isnin untuk mengadakan lawatan khas.

Sempena lawatan itu, Presiden Ramos-Horta akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengucapkan tahniah secara peribadi kepada beliau di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Menurut satu kenyataan Wisma Putra pada Isnin, kedua-dua pemimpin dijangka menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor Leste serta meneroka ruang kerjasama baharu.

Ramos-Horta juga dijadual untuk mengadakan kunjungan mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa lawatan itu.

Malaysia dan Timor-Leste mengekalkan hubungan yang erat dan mesra, sejak sebelum kemerdekaan Timor-Leste pada 2002. 

Malaysia merupakan negara pertama yang menubuhkan Pejabat Perhubungan di Dili pada 13 April 2001 dan negara pertama dalam kalangan negara-negara ASEAN yang menubuhkan Kedutaan di Dili pada 19 Mei 2002.

Malaysia aktif menyokong Timor-Leste dalam aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi terutamanya dalam menyediakan kursus latihan pembinaan kapasiti untuk para pegawai Timor-Leste melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Menurut kenyataan itu, dari Januari hingga Oktober 2022, jumlah perdagangan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste berjumlah US$ 84.6 juta dengan nilai eksport berjumlah US$ 62.8 juta dan nilai import sebanyak US$ 21.8 juta. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved