
WASHINGTON – Presiden Donald Trump semalam mengancam untuk mengebom Oman jika Muscat ‘menghalang’ perjanjian Amerika Syarikat(AS) dengan Iran mengenai Selat Hormuz dan menggesa Tehran menyerah diri.
“Jika Oman jadi penghalang, kami akan mengebomnya habis-habisan,” kata Trump kepada wartawan Fox News, Trey Yingst, merujuk kepada rundingan berterusan antara Oman dan Iran mengenai kawalan di Selat Hormuz ketika Washington mengusahakan rundingannya sendiri.
Pegawai Iran dan Oman berbincang selama beberapa minggu mengenai pengaturan navigasi maritim masa depan melalui laluan perkapalan itu, manakala kementerian luar di Tehran menyatakan semalam bahawa kedua-dua pihak sedang mengusahakan perisytiharan bersama.
Trump bagaimanapun berulang kali menegaskan bahawa Selat Hormuz yang ditutup oleh Tehran pada permulaan perang Asia Barat, 28 Februari lalu kini berada di bawah kawalan AS walaupun lalu lintas maritim masih terhalang.
Pada Jumaat lalu, Trump berkata, beliau mahu mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah AS, manakala Iran membalas bahawa laluan tenaga penting yang disekatnya itu ‘akan kekal menjadi milik Iran’. – AFP
The post Presiden Trump ancam bom Oman appeared first on Kosmo Digital.


