Presiden Turkiye gesa Israel patuhi perjanjian gencatan senjata Gaza

WorldPolitics
13 Oct 2025 • 7:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ISTANBUL, 13 OKT: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Ahad menggesa Tel Aviv mematuhi komitmennya di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza yang baharu, lapor Anadolu Ajansi.

“Kini ujian yang jauh lebih besar menanti dunia Islam dan umat manusia,” katanya semasa bercakap di bandar Trabzon di Laut Hitam.

Selain menyentuh mengenai bantuan kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan ke Gaza di bawah perjanjian itu, Erdogan berkata usaha telah dipertingkatkan dan trak bantuan yang dihantar oleh Turkiye telah mula tiba di wilayah Palestin berkenaan.

Erdogan berkata langkah-langkah perlu diambil sebelum musim sejuk bermula, sambil menambah bahawa penduduk Gaza perlu diselamatkan daripada tempat perlindungan sementara dan berikrar bahawa Ankara akan terus memberikan sokongan.

Mengenai konflik Rusia-Ukraine yang akan memasuki tahun keempat, Erdogan menyuarakan harapan agar perang itu akan berakhir “secepat mungkin”, sambil menyatakan kesediaan untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi membantu menyelesaikannya.

Ankara sedang berhubung dengan kedua-dua Rusia dan Ukraine untuk menghentikan perang dan mewujudkan keamanan, kata presiden itu, sambil menambah bahawa Turkiye mengutamakan keselamatan di Laut Hitam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved