
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dilapor terlibat dalam satu kemalangan bersama pengiringnya dalam kejadian di Kyiv pada semalam, lapor BBC.
Jurucakap Sergii Nykyforov mengesahkan perkara itu dan berkata kereta presiden bertembung dengan sebuah kereta sehingga menyebabkan berlaku kemalangan.
Dalam satu kenyataan, beliau bagaimanapun memaklumkan bahawa Zelensky tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
“Presiden telah dirawat oleh doktor, tiada kecederaan serius berlaku,” katanya memetik BBC.
Sementara itu, pemandu kereta yang bertembung dengan kereta Zelensky juga telah dirawat di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.
Nykyforov berkata pegawai penguatkuasa undang-undang sedang menjalankan siasatan untuk mencari punca berlakunya kemalangan.
Namun beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai siasatan setakat ini.
Difahamkan, insiden itu berlaku selepas Zelensky melawat bandar Izyum di wilayah Kharkiv, hub logistik utama di timur laut Ukraine yang ditawan semula.
Sumber: BBC
The post Presiden Ukraine, Zelensky Terlibat Kemalangan appeared first on Siakap Keli.


