Presiden Unisel, bekas ADN Teratai angkat sumpah senator hari ini

11 Mar 2025 • 12:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Mereka ialah Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof Emeritus Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dan Setiausaha Organisasi DAP Selangor Tiew Way Keng.

Kedua-duanya dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berkuat kuasa 26 Februari lepas hingga 25 Februari 2028.

Awang Bemee dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Mohammad Redzuan dan Tiew atas pelantikan baharu itu.

image is not available
Senator Tiew Way Keng mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara hari ini. Foto BERNAMA

“Pelantikan ini berlandaskan Perkara 45(1)(a) yang memperuntukkan setiap negeri memilih dua ahli untuk menganggotai Dewan Negara supaya mereka ada suara di badan legislatif tertinggi di Malaysia yang berperanan menyemak serta mengimbang pihak eksekutif dan Dewan Rakyat berasaskan prinsip pengasingan kuasa,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua Senator berkenaan akan berpeluang menyertai perbahasan 10 Rang Undang-Undang (RUU) dan satu pindaan RUU Perlembagaan yang memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Dewan Negara.

“Dengan pelantikan dua (Senator) baharu ini kita ada 58, jadi dua pertiga adalah 39 ahli mesti menyokong sekiranya pindaan itu hendak diluluskan Dewan Negara.

“Selamat menggalas amanah dan menjalankan tugas kepada kedua-dua ahli Yang Berhormat Senator baharu ini,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved