Prestasi Kewangan Memberangsangkan, Bank Rakyat Umum Dividen 15%

Business & Finance
5 Apr 2024 • 1:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Prestasi kewangan yang memberangsangkan telah membolehkan Bank Rakyat membuat pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 15% dengan jumlah pembayaran RM424.62 juta.

image is not available

Menerusi kenyataan media, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick mengumumkan pembayaran dividen kepada anggota akan dilakukan mulai hari ini.

Bank Rakyat dapat mengoptimumkan modal dan mengekalkan pembayaran dividen yang tinggi sebagai ganjaran kepada semua anggota dan pihak berkepentingan Bank Rakyat untuk sokongan berterusan mereka.

“Bersempena dengan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70, Bank Rakyat juga mengumumkan dividen istimewa sebanyak 2% dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.62 juta dan akan diagihkan berdasarkan pegangan saham yang layak pada 31 Disember 2023.

“Pembayaran dividen istimewa ini akan dilakukan pada bulan September 2024 bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70,” katanya hari ini.

image is not available

Foto: Ewon (tengah), Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Dato’ Dr.Mohammad Hanis Osman (dua dari kanan), Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat Amren Faisal Fadzil (kanan) dan Pengerusi SKM

Ewon turut memaklumkan bahawa Kumpulan Bank Rakyat meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak 2% daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM35.47 juta disumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan 1% bersamaan RM17.74 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

image is not available

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa jumlah sumbangan bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM53.21 juta.

Ewon turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan pihak berkepentingan atas sokongan yang diberikan kepada Kumpulan Bank Rakyat sepanjang tahun ini.