Prestasi Keyfield dijangka kukuh dipacu peningkatan kadar sewa harian OSV sekitar RM100,000 - Kenanga Research

Business & Finance
16 Jul 2024 • 12:57 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Prestasi Keyfield dijangka kukuh dipacu peningkatan kadar sewa harian OSV sekitar RM100,000 - Kenanga Research

azan

16/07/2024 - 12:57

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kenanga Research meramalkan prestasi kukuh untuk Keyfield International Bhd dipacu kadar sewa harian bagi kapal sokongan luar pesisir (OSV) sekitar RM100,000 mencerminkan keadaan pasaran yang positif.

Katanya, kumpulan itu baru-baru ini menyerahkan kapal geoteknikal Keyfield Helm 1 (KH1) bagi tempoh tiga tahun dengan pilihan tambahan kontrak dua tahun lagi kepada HElms Geomarine yang akan digunakan bagi kontrak penyiasatan geoteknik Petronas.

Firma penyelidikan tu berkata, perjanjian kontrak itu dimeterai pada Disember 2023.

"Ia adalah selaras dengan andaian kami yang kapal itu akan disewa pada FY24 hingga FY25 pada kadar semasa.

"Di samping itu, ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa Petronas mungkin meningkatkan aktiviti cari galinya, menunjukkan potensi pertumbuhan dalam projek huluan lapangan baharu," katanya dalam satu nota kajian.

Kenanga Research menjangkakan prestasi kukuh bagi suku kedua dan ketiga dengan jangkaan kumpulan beroperasi pada kapasiti penuh merentasi semua kapal selepas musim tengkujuh.

“Majoriti bot kerja penginapan (AWB) pada masa ini komited kepada penyewaan jangka sederhana yang merangkumi enam hingga sembilan bulan.

"Sekiranya permintaan AWB kekal kukuh, kami meramalkan potensi untuk DCR harian yang lebih tinggi pada 2025," katanya.

Firma penyelidikan tu berkata, kekangan bekalan OSV di Malaysia akibat aktiviti yang tinggi dijangka meningkatkan lagi DCR pada bulan-bulan akan datang.

"Kami mengekalkan saranan 'outperform' dengan harga sasaran RM3.00 sesaham," katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved