
Kota Kinabalu: Prestasi keputusan Peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) bagi negeri ini untuk 2024 mencatat peningkatan sebanyak 4.13 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, terdapat penurunan keputusan bagi Peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan peperiksaan SMU Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).
AdvertisementPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, penurunan bagi peperiksaan SMU KBD dan KBT masing-masing mencatat perbezaan sebanyak 0.03 peratus dan 0.3 berbanding tahun sebelumnya.
“Bagi peperikaaan SRU 2024, peratus kelulusan adalah sebanyak 78.24 peratus dan seramai 4,315 calon lulus dengan masing-masing mendapat pangkat Mumtaz (126); Jayyid Jiddan (584); Jayyid (1,931) dan Maqbul (1,674).
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Manakala, pencapaian bagi keputusan peperiksaan SMU KBD dengan kiraan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 2.92 dan 2.88 bagi peperiksaan SMU KBT.
“Daripada jumlah keseluruhan calon SMU yang hadir, seramai 303 calon lulus dengan mendapat pangkat Mumtaz seramai 24 orang, Jayyid Jiddan (88), Jayyid (126) dan Maqbul 65 orang,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman Keputusan Rasmi Peperiksaan SRU dan SMU Negeri Sabah bagi 2024 di Bangunan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), di sini, pada Selasa.
Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (Jheains) Datuk Jumain Abdul Ghani.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam perkembangan sama, Ruslan berkata, sebanyak 49 Sekolah Rendah Agama di Sabah telah mencapai keputusan terbaik dan lulus 100 peratus bagi peperiksaan SRU itu.
Menurutnya, 15 daripadanya adalah dari Sekolah Agama Negeri (SAN) dan selebihnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah swasta.
Bagaimanapun katanya, terdapat beberapa subjek di peringkat peperiksaan SRU dan SMU yang dilihat masih lemah dan perlu diberi penekanan selepas ini.
“Antara yang perlu diberi perhatian di peringkat peperiksaan SRU adalah subjek Hadis, Imlak dan Akhlak, manakala bagi SMU, subjek Tauhid, Fiqh dan Bahasa Melayu,” katanya.


