
CelcomDigi mengumumkan penambahan Prime Video ke dalam perkhidmatan penstriman StreamMORE sekali gus memberikan pelanggan akses lebih luas kepada kandungan popular.

Perkhidmatan ini tersedia untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar CelcomDigi dengan tawaran percuma selama sebulan bermula sekarang hingga 31 Mac 2026. Selain itu, pelanggan yang melanggan melalui StreamMORE turut menerima tawaran eksklusif berupa tambahan 5GB Internet berkelajuan tinggi.

Pelanggan pascabayar yang inginkan nilai lebih menarik boleh memilih Prime Video sebagai Mega Add-On dengan kontrak selama setahun. Sementara itu, pelanggan prabayar yang mahukan pengalaman penstriman lebih baik boleh memilih SpeedSTREAM yang menyediakan penstriman 4K serta hotspot tanpa had. Dengan pilihan ini, setiap pelanggan berpeluang menyesuaikan pelan mengikut cara mereka menonton kandungan dengan lebih bebas.
- Maklumat lanjut – CelcomDigi

