Princeton Digital Group peroleh tanah daripada JLand di Taman Teknologi Sedenak bagi pembangunan pusat data 150MW

Business & FinanceStartup
22 May 2023 • 5:37 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Princeton Digital Group peroleh tanah daripada JLand di Taman Teknologi Sedenak bagi pembangunan pusat data 150MW

azan

22/05/2023 - 17:37

KUALA LUMPUR 22 Mei - Penyedia perkhidmatan pusat data terkemuka di Asia, Princeton Digital Group memuktamad perjanjian pembelian seluas 12.5 hektar di Taman Teknologi Sedenak (STeP) bersama JLand Group (JLG) bagi membangunkan sebuah kampus hiperskala 150W.

Menerusi pelaburan RM2 bilion, fasa pertama pertama hiperskala berkapasiti 60MW dijadualkan akan siap untuk perkhidmatan menjelang suku kedua 2024.

Projek itu menandakan penglibatan sulung Princeton dalam pasaran Malaysia, sebagai negara keenam selepas Singapura, China, Indonesia, India dan Jepun.

Pusat data yang dinamakan JH 1 bakal menjadi antara kampus pusat data yang terbesar di Asia Tenggara bagi memenuhi keperluan infrastruktur pelanggan merentasi rantau ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation dan Pengerusi JLG, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, tumpuan JL Land adalah untuk meluaskan perniagaan dalam bidang pusat data sambil memanfaatkan prospek sektor yang semakin berkembang.

Beliau berkata, menerusi tawaran bersepadu di STeP, pihaknya tetap komited untuk mengukuhkan kedudukan Johor sebagai titik tumpuan pusat data serantau memandangkan keupayaannya untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah, penglibatanm PDG dalam Johor dan STeP adalah pengesahan kukuh strategi dan tawaran JLG.

"Dengan semakin banyak syarikat dan komuniti menumpukan usaha untuk memperkenalkan alat dan strategi digital generasi akan datang, permintaan bagi simpanan data yang boleh dipercayai, pintar dan berdaya tahan akan berkembang secara eksponen.

"Justeru, kami perlu berusaha meningkatkan prestasi kelestarian pusat data menerusi platform Internet Kebendaan Perindustrian (IIoT), pemantauan tenaga dan kuasa, dan teknologi pendinginan inovatif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Besar Johor dan Pengerusi Johor Corporation, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ketua Pegawai Teknologi dan Pengarah Urusan PDG, Singapura, Aher Ling berkata, STeP merupakan tapak yang sesuai bagi pembangunan hiperskala dengan adanya infrastruktur kuasa dan ketersambungan yang kukuh, berganding faktor pemboleh lain.

"Pusat data kami akan mengguna pakai penyelesaian teknologi lestari terkini dan kami aktif bekerjasama dengan rakan-rakan tempatan dan pihak berkuasa kawal selia untuk menggunakan tenaga boleh diperbaharui bagi membekalkan kuasa kepada kemudahan kami," katanya.

JLG juga mengumumkan taman pusat data seluas 640 ekar yang dinamakan STeP 2, yang dijangka siap menjelang September 2024.

Sebagai sebahagian daripada pembangunan Ibrahim Technopolis (IBTEC) yang lebih besar, STeP 2 akan menerima bekalan tenaga daripada ladang solar fotovoltan sejajar dengan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon (LCCF).

STeP 2 dijangka mendapat manfaat daripada persiapan IBTEC untuk mencapai status Pusat Siber Digital Malaysia (MD). - DagangNews.com