Prinsip masa depan bersama China beri insprasi Malaysia sertai BRICS - PM

5 Nov 2024 • 1:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar kini sedang dalam lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 November 2024, atas jemputan Li Qiang, untuk menghadiri CIIE ke-7 di Shanghai. Foto Bernama

SHANGHAI - Prinsip dasar masa depan bersama diterima baik oleh kalangan negara di Asia, Afrika, Amerika Latin dan Selatan Global, justeru sebab itulah Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di sini, Anwar menyifatkan ucapan Presiden China, Xi Jinping pada persidangan BRICS di Kazan baru-baru ini sebagai "hebat”.

Beliau berkata, Xi Jinping menggesa atas semangat masa depan bersama yang dimanfaatkan bagi menangani sentimen perselisihan dan dasar perlindungan, yang "kita mesti membangunkan komuniti dengan masa depan bersama, untuk mengekalkan keamanan global, keselamatan global, dan berkongsi pengalaman, kepakaran, teknologi dengan dunia.”

Tahun ini, Malaysia telah diberi penghormatan sebagai "Country of Honour" di CIIE ketujuh, yang diadakan mulai hari ini hingga 10 November, 2024. Acara itu mengetengahkan tema "New Era Shared Future”.

Anwar diberikan keistimewaan berucap sejurus selepas rakan sejawatannya dari China, Li Qiang, diikuti pemimpin dari lima negara lain: Perancis, Nicaragua, Arab Saudi, Tanzania, dan Uzbekistan.

Perdana Menteri juga berkata, ucapan Perdana Menteri Li Qiang bahawa fenomena kejayaan yang dicapai oleh China adalah contoh, bukan sahaja dari segi tadbir urus dan dasar yang betul malah juga sikap yang menjanjikan untuk memastikan "perdagangan, pelaburan dan kemakmuran ekonomi” akan memberikan manfaat kepada masyarakat antarabangsa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved