PRISM+ Merancang Kemaskini Google TV Untuk Televisyen Mereka

TechnologyDigital
30 Jan 2023 • 10:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tidak dinafikan, televisyen yang PRISM+ tawarkan di Malaysia dijual pada harga yang lebih murah berbanding pesaing. Spesifikasi juga menarik, kualiti juga boleh tahan dan paling penting semua televisyen mereka menjalankan Android TV.

image is not available

Bagi yang sudah biasa dengan produk televisyen Android, versi terkini adalah Google TV seperti yang dilihat pada televisyen Sony, Skyworth atau kebanyakan dongel dan kotak set sekarang. Mereka yang pentingkan perisian terkini pasti tertanya, bilakah PRISM+ akan menawarkan kemaskini Google TV untuk televisyen-televisyen mereka?

image is not available

Menurut wakil PRISM+ yang menjawab soalan kami ini, mereka masih dalam proses perbincangan dan melakukan perjanjian bersama rakan-rakan kerjasama seperti para pembekal dan sebagainya. Tiada sebarang tarikh spesifik lagi mengenai kemaskini ini kerana mereka masih akan menjual dan menawarkan televisyen Android TV sahaja buat masa ini.

Baca

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved