PRK: 55.06 peratus keluar mengundi bagi Parlimen Kinabatangan, 64.93 peratus DUN Lamag

LocalPolitics
25 Jan 2026 • 12:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah (dua, kiri) mengumumkan kemenangan calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag Mohd Ismail Ayob atau lebih mesra dikenali dengan nama Miha bagi kerusi DUN Lamag - Bernama

KINABATANGAN - Sebanyak 55.06 peratus daripada pemilih berdaftar telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pula, 64.93 peratus pemilih telah keluar mengundi.

"SPR ingin memaklumkan bahawa keputusan PRK Parlimen Kinabatangan telah dimenangi oleh Mohd Kurniawan Naim Moktar (Naim Moktar) daripada Barisan Nasional (BN) dengan jumlah 19,852 undi dan majoriti sebanyak 14,214 undi.

"Keputusan pengundian PRK DUN Lamag, Sabah pula dimenangi Mohd Ismail Ayob (Miha) daripada BN dengan jumlah 7,269 undi dan majoriti sebanyak 5,681 undi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas. Bernama