PRK Ayer Kuning: Peti undi awal tiba di pusat penjumlahan

LocalPolitics
26 Apr 2025 • 6:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Petugas SPR membawa tiga peti undi awal ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Merdeka Tapah, pada Sabtu. FOTO: SPR.

TAPAH - Peti undi bagi pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Merdeka, di sini pada jam 5.15 petang Sabtu.

Peti undi daripada tiga saluran itu merupakan undian daripada 500 anggota polis dan pasangan masing-masing.

Undi awal dilaksanakan di dua pusat mengundi iaitu Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor dan Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

BN selaku parti penyandang mempertaruhkan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir.

Bekas guru dan pensyarah berusia 54 tahun itu dicabar Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah, Abd Muhaimin Malek, 44, mewakili PN dan Timbalan Setiausaha Agung PSM, Bawani KS, 40.