PRK Kinabatangan, Lamag: Peti undi terakhir guna helikopter tiba di pusat penjumlahan undi 

LocalPolitics
24 Jan 2026 • 5:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Secara keseluruhan, peti undi yang dibawa keluar menggunakan helikopter adalah dari SK Inarad, SK Ladang Tomanggang, SK Sri Ganda, SK Tundun Bohangin, SK Kuamut, SK Litang dan SK Abai.

KINABATANGAN - Tiga peti undi terakhir sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan tiba di pusat penjumlahan undi Dewan Sri Lamag dengan menggunakan helikopter pada jam 5.20 petang, Sabtu.

Difahamkan, tiga peti undi itu adalah dari kawasan DUN Kuamut melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Keramuak, Tongod yang ditutup pusat pengundiannya pada jam 2 petang.

Dengan ketibaan tiga peti undi tersebut, kesemua lapan peti undi yang dibawa keluar dari pusat undi menggunakan helikopter telahpun selesai.

Secara keseluruhan, peti undi yang dibawa keluar menggunakan helikopter adalah dari SK Inarad, SK Ladang Tomanggang, SK Sri Ganda, SK Tundun Bohangin, SK Kuamut, SK Litang dan SK Abai.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun sebelum itu dalam sidang akhbarnya memaklumkan, sebanyak lapan peti undi akan dibawa keluar mengunakan helikopter manakala selebihnya yang berada di kawasan pedalaman di bawa menggunakan bot.

Keputusan untuk PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag paling awal akan umumkan sekitar jam 10 malam ini.