PRK KKB: Kalau calon DAP gagal berkhidmat, kita masuk dia dalam sungai ‘kasi’ buaya makan

Politics
9 May 2024 • 2:44 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA KUBU BAHARU – Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing merayu kepada pengundi Kuala Kubu Baharu (KKB) supaya memberi peluang kepada calon kerajaan dari DAP, Pang Sock Tao sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagaimanapun sempat berseloroh mahu mencampakkan calon DAP ke dalam sungai untuk diberi makan buaya sekiranya dia gagal menjalankan tugasnya sesudah dipilih sebagai wakil rakyat.

“Saya nak minta semua, saya minta ibu bapa tolong minta anak-anak semua… 11 Mei balik (mengundi), (supaya) bantu Kerajaan Madani, undi calon PH nombor dua.

“Bagi calon kita sekali lagi peluang untuk dia menjalankan tugas, Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu (dimenangi calon DAP) sudah dekat setahun (jalankan tugas). Jadi kali ini kita (teruskan) beri peluang teruskan perkhidmatan.

“Kalau dia (Sock Tao) tak berkhidmat baik-baik, tak apa… pilihan raya akan datang kita masuk dia dalam sungai 'kasi' buaya makan. Tapi kalau dia (beri) perkhimatan baik, kita terus beri peluang untuknya terus berkhidmat di KKB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program mesra rakyat bersama Menteri Pelancongan di sini, hari ini.

PRK KKB pada 11 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

DUN KKB memiliki seramai 40,226 pengundi berdaftar. - 9 Mei, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved