PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini

Politics
27 Apr 2024 • 8:38 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA KUBU BAHARU - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan dibuka pada jam 9 pagi ini namun suasana pusat berkenaan sudah dipenuhi penyokong calon bertanding.

image is not available
Semangat merah menyala penyokong calon PH, Pang Sock Tao jelas kelihatan di pusat penamaan calon pagi ini. - Gambar Halim Salleh/ Scoop, 27 April, 2024

Pakatan Harapan (PH) akan mempertaruhkan calon dari DAP, Pang Sock Tao manakala Perikatan Nasional (PN) mencalonkan pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut.

image is not available
Para penyokong sudah mula membanjiri pusat penamaan calon seawal pagi bagi memberi semangat buat calon pilihan masing-masing. - Gambar Alif Omar/Scoop, 27 April, 2024

Sementara Parti Sosialis Malaysia dan Muda memilih untuk tidak bertanding kali ini. Pusat penamaan calon akan dibuka bermula jam 9 pagi dan ditutup sejam selepas itu.

image is not available
Sepanduk unik gabungan seni kaligrafi dan roket antara tarikan menarik sepanjang proses penamaan calon pagi ini. - Gambar Alif Omar/Scoop, 27 April, 2024

PRK ini diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

image is not available
Gelagat menarik penyokong PN yang turut membawa ubi kayu sempat dirakam petugas media. - Gambar Alif Omar/Scoop, 27 April, 2024

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei. - 27 April, 2024

The post PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini appeared first on Scoop.