PRK Kuala Kubu Bharu Bermula Secara Rasmi

Politics
27 Apr 2024 • 9:30 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kesemua calon bergambar selepas selesai proses penamaan

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) bermula secara rasmi hari ini, sebaik sahaja Pusat Penamaan Calon dibuka tepat 9 pagi.

Pertama tiba di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor yang dijadikan Pusat Penamaan Calon ialah calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut.

Beliau yang juga Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor tiba dengan diiringi penyokongnya pada han 8.45 pagi.

Menyusul ketibaan beliau ialah calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao pada jam 8.50 pagi.

Sock Tao turut diiringi barisan kepemimpinan kanan Kerajaan Perpaduan, termasuk Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Turut mengiringi Sock Tao ialah Pengerusi BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang tiba di khemah penyokong Kerajaan Perpaduan pada jam 8 pagi.

@getaranmy Sekitar pagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. - 27 April 2024 #getaranmy #dunkkb #prk ♬ original sound - Getaran

Sock Tao juga dilihat menerima sokongan padu beberapa mantan pemimpin seperti bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang dilihat hadir di lokasi.

Barisan pemimpin kanan DAP pula tiba lebih awal iaitu Pengerusi parti, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang juga Menteri Sumber Manusia.

Kedua-dua mereka tiba di khemah penyokong Kerajaan Perpaduan pada jam 7.35 pagi.

Sock Tao ketika ini berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Pada PRN Selangor tahun lepas, calon DAP, Lee Kee Hiong mempertahankan kerusi KKB dengan majoriti 4,119 undi dalam saingan tiga penjuru antara PN, Parti Rakyat Malaysia dan MUDA.

Kee Hiong, 58, yang berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Bharu sejak 2013, meninggal dunia pada 21 Mac lalu selepas sekian lama bertarung dengan kanser. - Getaran, 27 April 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved