PRK Mahkota: Cuaca diramal hujan pada pagi hari penamaan calon

13 Sep 2024 • 5:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KLUANG, 13 SEPT: Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini esok diramalkan hujan pada sebelah pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ramalan cuaca khas sempena hari penamaan calon PRK itu yang dimuat naik di akaun Facebook juga memaklumkan cuaca pada sebelah petang adalah baik.

MetMalaysia juga menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan informasi cuaca terkini di akaun media sosial jabatan itu atau lawab web www.met.gov.my.

Proses penamaan calon PRK DUN Mahkota akan berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada 9 pagi esok.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 28 Sept, manakala undi awal pada 24 Sept ini.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved