PRK Mahkota: MB Johor rayu mahasiswa pulang mengundi

LocalPolitics
15 Sep 2024 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama kumpulan mahasiswa ketika program ziarah di PDM Taman Berlian.

KLUANG - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu penuntut institut pengajian tinggi (IPT) khusus di luar kawasan agar pulang menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Perkara itu disampaikan kepada sekumpulan belia daripada Gerakan Mahasiswa Kluang dari pelbagai universiti ketika program ziarah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Berlian di sini pada Ahad.

"Kepada anak anak muda terutamanya mahasiswa dan juga mahasiswi, semua sedia maklum, Insya-ALLAH pada 28 September ini akan berlakunya pilihan raya di mana semua warga DUN Mahkota akan keluar mengundi.

"Jadi, saya bagi pihak Barisan Nasional (BN) ingin merayu kepada semua anak muda untuk ramai ramai keluar untuk mengundi calon BN," katanya.

Pada Sabtu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang menetap di luar DUN Mahkota menjadi cabaran buat BN dalam mengekalkan kemenangan.

Sehubungan itu menurutnya, kerjasama dilakukan bersama parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan memastikan kumpulan tersebut pulang mengundi.

PRK kerusi DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada BN dan Perikatan Nasional (PN)

BN mempertaruhkan Syed Hussien Syed Ibrahim, manakala PN diwakili Mohamad Haizan Jaafar, 61.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved