PRK: Veteran ATM OKU penglihatan tunai tanggungjawab mengundi

Politics
9 Sep 2023 • 6:01 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

MUAR - Walaupun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sejak 2017, ia tidak menghalang veteran Angkatan Tentera Malaysia Md Noor Parman, menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram hari ini.

Md Noor, 66, dari Taman Sri Anggerik di sini dan sebelum ini berkhidmat dalam Kor Risik Diraja (KRD) berkata tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat perlu demi kemajuan dan pembangunan sesuatu kawasan. 

“Sebagai pengundi kita boleh menyumbang kepada negara dan negeri dengan memilih calon wakil rakyat yang layak untuk memimpin negeri atau negara,” katanya kepada Bernama di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram di sini hari ini.

Md Noor yang tidak dapat melihat kesan daripada penyakit buah pinggang dihidapinya datang ke sekolah itu bersama isteri, Rozita Madtop, 60, yang menolak kerusi rodanya dan menjadi peneman proses pengundian selain turut mengundi di lokasi sama.

PRK DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai diadakan serentak berikutan kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi berkenaan selepas kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. - 9 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved