PRN 2023: Juwairiya Enggan Ambil Mudah, Mahu Beri Tentangan Sengit 

Politics
29 Jul 2023 • 4:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Juwairiya Zulkifli (kiri) enggan memberi laluan mudah walaupun perlu menentang 'gurunya', Mohamed Azmin Ali - gambar Mohd Hazli Hassan

GOMBAK -- Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Juwairiya Zulifli enggan menjanjikan pertarungan mudah walaupun pernah bergelar anak didik kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali satu ketika dahulu.  

Beliau juga tidak melihat nama besar dimiliki Azmin sebagai satu faktor yang boleh menggugat kemampuannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.  

Jelas Juwairiya, beliau yakin rakyat lebih bijak menilai calon berdasarkan prestasi dan komitmen yang telah dicapai, khususnya di bawah Kerajaan Perpaduan.  

"Saya tidak gentar sebab dia (Azmin) bukan orang asing. Bekas bos saya juga. Tidak perlu saya gentar kerana ini amanah rakyat 

 "Sokongan daripada rakyat sangat positif setakat ini dan Insya Allah, saya akan terus fokus pada golongan sasaran iaitu wanita serta anak muda kawasan di Hulu Klang, " katanya ketika ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini hari ini.  

Juwairiya sebelum ini merupakan ADUN Bukit Melawati dan  dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.  

 Beliau bertanding di DUN Hulu Klang dengan membawa tiket PKR di bawah panji Kerajaan Perpaduan.  

DUN Hulu Klang dianggap sebagai antara kerusi panas di Selangor, susulan penghijrahan Azmin, yang satu ketika dahulu menguasai Parlimen Gombak, sebelum tewas di tangan Amirudin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November tahun lalu. - Getaran, 29 Julai 2023

View Original Article