PRN: 661,905 pengundi muda layak mengundi

Politics
5 Jul 2023 • 1:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos ini menyaksikan 661,905 pengundi muda berusia 18 hingga 20 tahun daripada jumlah keseluruhan daftar pemilih 9,773,571 layak mengundi.

Berdasarkan daftar pemilih yang dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Selangor mempunyai bilangan terbesar golongan tersebut iaitu 274,194 orang diikuti Kedah 104,284, Kelantan (96,512), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264) dan Negeri Sembilan (55,017).

Jumlah daftar pemilih warga emas yang layak mengundi di Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang adalah 1,702,242.

Sementara itu, 50.17 peratus atau 4,935,937 daripada jumlah keseluruhan daftar pemilih merupakan pengundi wanita dan selebihnya 49.83 peratus atau 4,837,634 adalah lelaki.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved