PRN: Amanah dijangka tanding 67 kerusi - Salahuddin

Politics
11 Jul 2023 • 1:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Salahuddin ketika sidang media berkenaan isu harga barang naik di Pasaraya Econsave, Setapak Sentral, pada Selasa. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka akan bertanding antara 65 ke 67 kerusi di lima negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, buat masa ini, jumlah sebenar masih belum dimuktamadkan namun parti itu akan bertanding di semua negeri, kecuali Pulau Pinang.

"Daripada 245 kerusi DUN, kita akan bertanding tujuh kerusi di Kelantan, Terengganu antara tiga atau empat, Kedah pula tujuh atau lapan.

"Sementara di Selangor, Amanah akan bertanding sembilan kerusi manakala Negeri Sembilan pula tiga," katanya dalam sidang media selepas meninjau harga barangan di Econsave Setapak Sentral, di sini pada Selasa.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved