PRN: Annuar Musa tidak akan 'lawan' anak sendiri

Politics
6 Jul 2023 • 8:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Annuar semasa menyampaikan ceramah pada Ppakat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di Bachok.

BACHOK - Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan beliau tidak akan berlawan dengan anaknya Afiq Amani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Ia susulan Afiq Amani antara 155 nama yang dihantar oleh UMNO Kelantan kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon PRN.

Annuar berkata, hal ini kerana Afiq Amani merupakan penyokong kuat beliau.

"Buat masa ini saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung perkara tersebut," katanya semasa sidang akhbar pada malam Rabu.

Sebelum itu, beliau berucap pada ceramah Ppakat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di sini.

Menurut bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, sebarang perkembangan berkait perkara tersebut akan diteliti terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.

Media pada Rabu melaporkan, Afiq Amani antara 155 nama yang dihantar kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon pada PRN tidak lama lagi.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, Afiq Amani dinamakan oleh UMNO Ketereh untuk bertanding di salah satu DUN dalam Parlimen berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved