PRN: BN pertaruh semula Tok Mat, Reezal Merican

Politics
21 Jul 2023 • 11:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Calon-calon dari Negeri Sembilan yang hadir pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional Pilihanraya Negeri di Dewan Tun Hussein Onn pada Jumaat. - FOTO MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan semula nama-nama besar bagi memenangi dan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada enam pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Mereka antaranya adalah Timbalan Pengerusi BN merangkap Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan bertanding bagi mempertahankan DUN Rantau.

Bekas Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula akan bersaing di DUN Bertam.

Ketika mengumumkan senarai nama calon rasmi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bekas Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaludin Alias dicalonkan di DUN Pertang.

Selain itu, dua bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman masing-masing turut dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi DUN Kijal dan DUN Seberang Takir.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terdahulu berkata, seramai 107 calon BN diletakkan daripada 245 kerusi bagi PRN di enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan serta Terengganu nanti.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 63 peratus adalah muka-muka baharu, dengan 18 peratus penyandang, manakala kira-kira 20 peratus adalah mereka yang pernah bertanding sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: