PRN: Calon PH yakin kekalkan DUN Paya Jaras

Politics
29 Jul 2023 • 4:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khairuddin

SHAH ALAM - Calon Pakatan Harapan (PH), Khairuddin Othman berkeyakinan penuh dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada gerak kerja yang dilakukan seawal sebulan lalu dalam mendekati rakyat di kawasan berkenaan.

"Untuk pilihan raya negeri (PRN) DUN Paya Jaras, kita hadapi tiga penjuru termasuk calon wanita mewakili Bebas.

"Saya berharap pengundi di kawasan ini dapat mengekalkan apa yang kita bawakan sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penamaan Calon di Dewan Kenanga Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, bagi pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.

Khairuddin bakal bersaing dengan calon Perikatan Nasional, Datuk Dr Ab Halim Tamuri dan calon Bebas, Nurhaslinda Basri di DUN Paya Jaras pada 12 Ogos depan.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved